Saturday, August 21, 2010

Kategori Hati Manusia

Terdapat 3 jenis kategori hati manusia:-

1) Hati yang Mati- hati mereka yang tidak dapat berubah walau sedikit pun apatah lagi mahu berganjak ke arah kebaikan. contohnya, mungkin mereka ini berpuasa kerana tradisi dan budaya turun temurun bukan kerana ALLAH s.w.t, bukan kerana iman yang teguh,golongan ini adalah tidak cenderung untuk melakukan ibadah

2) Hati yang Sakit- golongan ini mempunyai penyakit hati. sebagai contoh kita selalu mendengar manusia berkata, " aduh sakitnya hati aku tengok dia", mereka cenderung ke arah kebaikan dan kadang-kadang cenderung ke arah kejahatan, golongan ini dikatakan golongan pertengahan yang kurang pasti terhadap keimanan terhadap ALLAH s.w.t

3) Hati yang Hidup- golongan manusia ini adalah golongan yang beruntung kerana hidupnya cenderung melakukan kebaikan dan ibadah kepada ALLAH s.w.t , apabila disebut dan dibaca ayat ALLAH maka gerunlah hati-hati mereka lantas memohon keampunan kepada ALLAH s.w.t . Semoga kita tergolong dalam kategori ini

No comments:

Post a Comment