Saturday, March 24, 2012

Kisah Nabi Musa dan kaumnya yg keras hati

Secara Ringkasnya Nabi Musa A.S mengajak kaumnya iaitu bani Israil untuk menyembah Allah s.w.t. sesuai dgn sifat kaum Israil yang keras hati dan degil, Nabi Musa juga mempunyai sifat2 yang Tegas dan garang kepada kaumnya supaya mereka hanya menyembah Allah s.w.t

Sahabat2 Nabi Musa sepertimana sahabat2 Rasulullah iaitu Khulafa Ar-Rasyidin dan yg lain2 sentiasa bersama2 nabi Musa, dan perjalanan dakwah mereka sampai ke kemuncak apabila Firaun hendak membunuh mereka dan nabi Musa, lalu Allah membelah laut merah dan membenarkan mereka melaluinya, SubhanaAllah hebatnya Allah, lalu ditengelamkan Firaun laknatullah. Tetapi sahabat2 Nabi Musa ini masih keras hati walaupun sesudah beriman kepada Allah (KERASNYA HATI KAUM ISRAIL NI). Mereka telah menyaksikan kehebatan Kuasa Allah ketika Laut Merah terbelah dua dan mereka telah Allah selamatkan.

Ketegasan nabi Musa dalam berdakwah sememangnya dikagumi, dan ketika Nabi musa hendak beribadat dan meninggalkan kaumnya kpd abg kandungnya nabi harun supaya menjaga kaum sepeninggalanya. Kaum Israil tidak takut dgn amaran nabi Harun kerana Sifat Nabi Harun adalah seorang yang lebih lemah lembut. memandangkan nabi musa tiada, mereka kembali sembah berhala, lalu nabi Musa marah terhadap kaumnya, dan mereka diminta taubat, lalu Allah syariatkan kpd Nabi Musa kpd kaumnya supaya mereka berbunuh-bunuhan sesama mereka (diriwayatkan dari subuh sehingga waktu dhuha dan 70000 orang mati), mesti ramai macam x percaya syariat bunuh? ini kerana mereka sangat keras hati, jadi hukuman itu sesuai dgn mereka, berbeza dgn syariat kpd Rasulullah kita, yg nak bertaubat hanya dgn 3 cara mudah: Insaf kesilapan lalu, meninggalkan maksiat dan berazam tidak mengulanginya)Mudahkan? Allah lebih ketahui semuanya iaitu bani israil memang keras hati dan degil... hanya selepas itu baru mereka akan sedar dan timbul keinsafan kerana telah membunuh saudara2 mereka.

Kita patut bersyukur krn menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w (jgn lupa selawat ke atas baginda) yang mana Baginda Rasulullah memohon supaya Allah tidak menurunkan bala kepada umatnya iaitu kita semua dan ditangguhkan sehingga kiamat, Kenapa kita masih x sayang Rasulullah? kalau tidak mesti banyak bala Allah yg turun kerana maksiat yang telah kita lakukan.Ya Allah ampunilah dosa2 kami semua, Amin.

Seperkara lagi, ketika ketua2 di kalangan bani Israil yang telah dipilih utk bermunajat kepada Allah iaitu sebanyak 70 orang dan ketika Nabi Musa menyampaikan kepada mereka bahawa Allah telah menurunkan Kitab Taurat kepadanya supaya disampaikan kepada kaumnya dan agar mereka beriman, lalu mereka berkata: "kami tak akan ikut kitabmu selagi kami belum bertemu dengan Allah", mereka masih angkuh walaupun Allah telah selamatkan meraka, lalu Allah panahkan petir kepada mereka sehingga rentung dan mati, betapa nikmat dan rahmat Allah, mereka yang dipanah petir itu dihidupkan kembali dengan izin Allah, subhanaAllah nikmat yang Allah bagi kepada Bani Israil supaya mereka bersyukur dan nampak kekuasaan Allah. Dalam hati ana berkata Tak cukup lagi ke?

Ketika Nabi Musa mengajak sahabat2 dan kaumnya berjihad ke jalan Allah, disebabkan keangkuhan mereka, lalu mereka berkata: "Kami hanya mahu berehat di sini, pergilah kamu dan Tuhan kamu berperang", sedangkan tuhan nabi Musa adalah tuhan mereka juga. Kecewa nabi Musa kerana sikap kaumnya yg begitu degil dan angkuh walaupun setelah beriman. dalam hati ana bercakap, sebab itu juga YAHUDI sekarang mcm tu, sebab moyang mereka pun sama.

Disebabkan terlalu kecewa maka Nabi Musa telah putus asa, dan tidak berdaya lagi berdakwah kpd kaumnya yang keras hati, lalu nabi Musa berpisah dgn kaumnya, Allah menurunkan bala kepada mereka di mana mereka tersesat selama 40 tahun di padang pasir. tetapi kerana rahmat Allah kpd kaum Israil, kepanasan di padang pasir didatangi dengan awan yg meneduhkan, SubhanaAllah, keras hati lagi ke ? Allah turunkan makanan setiap pagi kepada mereka yang dipanggil al-man wassalwa dari syurga yakni manisan dan burung-burung kecil, subhanaAllah dalam keadaan bala Allah masih menurunkan rahmatNya? Tidakkah kita bersyukur?

Kesimpulanya, Ternyata kerasnya hati kaum Israil ini dan samalah juga kepada cucu2 meraka iaitu kaum Israil sekarang, hendaklah kita bersyukur setelah allah kurniakan Nikmat Iman dan Islam kpd kita, jgn jadi seperti pengikut2 Nabi Musa yang masih angkuh walaupun Allah telah tunjukkan Kuasanya... Syukur Ya Allah. semoga kita mendapat iktibar dr kisah ini...WaAllahualam

(kalau ada salah dan silap sila betulkan, petikan dari ceramah surau Al-amin:Putrajaya)




Tuesday, February 28, 2012

Tafsir Surah Al-Ikhlas


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Ibnu Abbas : Bahawasanya Kaum Yahudi telah datang kepada Rasulullah, maka mereka (Yahudi) berkata, " Wahai Muhammad sifatkan kepada kami Tuhan yang kamu sembah.

Maka Allah s.w.t menurunkan dalil kpd Nabi-Nya iaitu surah Al-Ikhlas


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤

Terjemahan ayat :
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١
katakanlah olehmu wahai muhammad Dialah Allah yang maha Esa

 ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢)
Allah yang menjadi tumpuan setiap makhluk untuk memhon sebarng hajat

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣)
Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan

وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤
Dan tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya


Keterangan

Ayat 1:
Esa bermaksud tiada sekutu bagi-Nya, Wahid menurut ulama adalah bukan nombor kerana numbor adalah sifat makhluk dan makhluk itu berjisism dan berjirim serta boleh dipotong-potong dan belah bahagi


Ayat 2:
Allah ciptakan Manusia tp Allah tidak berhajat kepada manusia
Allah ciptakan Malaikat  tp Allah tidak berhajat kepada malaikat
Allah ciptakan langit tp Allah tidak berhajat kepada langit
Allah ciptakan Arasy' tp Allah tidak berhajat kepada Arasy'
Allah ciptakan tempat tp Allah tidak berhajat kepada tempat

Maka kita tidak boleh beriktikad bahawa Allah berada pada aras bawah atau atas, atau kiri atau kanan atau hadapan ataupun belakang. Tidak juga boleh dikatakan Allah bersemayam di Arasy' kerana Allah tidak bertempat walaupun Allah mencipta Arasy

Ayat 3:

Allah tidak mempunyai bapa atau ibu.tidak boleh beriktikad bahawa Allah meresap ke dalam tempat-tempat, Maka tidak juga boleh kata Allah wujud di mana-mana atau setiap tempat

Ayat 4:

Kufuk ialah persamaan
Dia yang ciptakan Cahaya tetapi Dia tidak menyerupai cahaya
Dia yang ciptakan Gelap tetapi Dia tidak menyerupai gelap
Dia yang ciptakan manusia tetapi Dia tidak menyerupai manusia
Dia yang ciptakan malaikat tetapi Dia tidak menyerupai malaikat

Kesimpulan:

Ulama mengatakan setiap apa yang ada benak fikiran kita, setiap apa yang terlintas di dalam kotak minda kita tentang Allah adalah bertentangan dengan SIFAT-SIFAT ALLAH, maka peliharalah AQIDAH Kita sebaiknya, semoga kita kekal dalam Aqidah yang benar.

Tatkala turun ayat ini, Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada kaum Yahudi itu: Inilah Sifat Tuhanku Azzawa Jalla"

Sebar-sebarkanlah~~~~~~~~

Sunday, January 22, 2012

PANDUAN KHUSYUK DALAM SOLAT


Sepertimana firman Allah

“Peliharalah benar-benar olehmu akan segala solat dan akan solat yang paling baik, dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah, dalam keadaan kamu tetap khusyuk kepadaNya.” (AL BAQARAH : 238)

Timbul persolan aku solat, tapi aku tetap berbohong, aku tetap melakukan maksiat, dan seumpamanya. jawapannya adalah anda solat, tapi adakah anda khusyuk dalam solat itu?sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Sungguh telah memperoleh kemenangan segala orang yang mukmin, iaitu orang yang berlaku khusyuk di dalam solatnya.” (AL MUKMINUN : 2)


Berikut merupakan tips-tips berguna dalam menghadirkan kekhusyukan dalam solat. Antaranya ialah:

1) Sememangnya diketahui umum, solat adalah kewajipan, namun kita laksanakan solat sebagai istirahat yakni sebagai rehat mengingati Allah setelah penat bekerja dan ingin kembali mendapat ketenangan. Solat mampu memberi ketenangan dunia dan kebahagiaan di akhirat.sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Segala mereka yang telah beriman, tenang dan tetap jiwanya dengan menyebut Allah, ketahuilah olehmu, dengan menyebut Allah (mengingat Allah), tenang segala hati.” (AR RA’DU : 28)

2) Seperti sedia maklum, sekiranya ada majlis keramaian kita akan menempah baju yang cantik2, begitu juga dgn solat, tempahlah baju yang cantik2 dan selesa khas utk menunaikan solat 5 waktu dan solat jumaat.Dengan pakaian khas ini kita akan berbangga bertemu dgn Allah sebgaimana kita bangga berpakaian baru ketika kita bertemu sesama manusia.

3) Pakailah haruman2 segar dan wangi yang menimbulkan rasa selesa dan menaikkan keinginan utk khusyuk dalam beribadah. sepertimana kita memakai haruman ketika keluar rumah utk menambah keyakinan diri, begitu juga dgn haruman ketika solat yakni yakin Allah sedang memerhatikan kita tatkala kita sedang khusyuk mengingatinya.

4) Setkan masa pada jam mahupun handphone utk berzikir pada Allah setiap 1 jam, bila handphone berbunyi, alarm mengingatkan ZIKIR pd Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Cukuplah paling tidak 1 jam sekali mengingatakan kita setelah leka dgn dunia dan isinya nescaya bila kita memulakan solat, kita akan khusyuk, InsyaAllah.

5) Tatkala takbiratul ihram, anggaplah ianya merupakan solat kita yang terakhir, sesungguhnya sekiranya kita mengetahui bahawa jika ia solat kita yang terakhir nescaya kita akan bersungguh-sungguh mengerjakannya.

6) Perlahankan setiap pergerakan anggota tubuh, misalnya ketika takbiratul ihram,rukuk, sujud. Biarlah pergerakan ini dilakukan dengan sempurna dan tidak tergopoh gapah, kesempurnaan pergerakan menggambarkan ketelitian dalam beribadah yang akhirnya memberi kekhusyukan dalam solat, InsyaAllah.

“Barangsiapa mengerjakan solat di waktu-waktunya, dan menyempurnakan whuduknya, menyempurnakan berdirinya, khusyuknya, rukuknya, sujudnya, keluarlah solat (terbanglah solat) itu putih berseri-seri, seraya menyeru : mudah-mudahan Allah memelihara engkau, sebagai engkau telah memelihara daku dan barangsiapa mengerjakan solat di bukan waktunya, dan tidak menyempurnakan whuduknya, tiada menegakkan khusyuknya, tiada melaksanakan rukuknya, tiada melaksanakan sujudnya dengan sempurna, keluarlah solat itu hitam gelap, seraya berkata : mudah-mudahan Allah mensia-siakan engkau, sebagaimana engkau telah mensia-siakan daku; sehingga apabila telah sampai solat itu ke tempat yang ia kehendaki, solat itu dilipat sebagai dilipat kain buruk. Kemudian kelak di hari kiamat dipukulkan solat itu di mukanya.” (HR ATH THABRANI DARI ANAS IBN MALIK) (MIFTAHUL KHAHABAH : 131)

7) Berwudhuklah dengan sempurna dan sekiranya anda masih berwudhuk, maka ambillah sekali lagi nescaya ia akan menimbulkan kesegaran yang menjadikan anda lebih semangat dalam beribadah.

8) Ketika sujud bayangkanlah bahawa kita sujud di permukaan tanah di mana kita berasal dan situ juga kita kan dikembalikan kpd Allah s.w.t. Sujudlah seolah-olah kita berada dalam tanah di alam kubur.

9) Kurangkan perbuatan-perbuatan seperti menggaru tubuh, menggeleng kepala (makruh) kerana ini akan mengurangkan fokus kita dalam solat. Mandi dan bersihkan diri sebelum solat nescaya badan akan segar dan tak gatal-gatal

10) Solatlah tepat pada waktunya, ON-time. bayangkan kita mengadakan temu janji dgn VIP misalnya, adakah kita akan menepati waktu dalam urusan bisnes? semestinya YA kerana bimbang mereka akan menolak proposal kita, begitu juga solat di mn kita ON-time dgn Allah, iaitu Raja segala Raja krn menepati waktu adalah akhlak yang terpuji. bagi lelaki digalakkan ke masjid dan wanita pula di rumah tetapi terus solat jika masuk waktu.sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan segala mereka yang telah mengerjakan apa yang telah mereka kerjakan, sedang hati-hati mereka dalam ketakutan, takut akan ditolak amalannya, bahawasanya mereka akan kembali kepada Tuhan akan dihisab. Itulah mereka yang bersegera melaksanakan kebajikan-kebajikan; dan merekalah yang mendahului mengerjakannya.” (AL MUKMINUN : 60 - 61)


Sebagai kesimpulan, solat ON-time mampu mendisiplinkan diri dalam melakukan pekerjaan di dunia, jika solat ON-time, maka perbuatan kita juga On-Time, hebat kan kesan khusyuk dalam solat?  Malang jika kita lakukan solat hanya sebagai PART-time dan lagi malang yang kita NO-time, nauzubillah.Yakinlah solat merupakan tiang agama, solat merupakan amalan yang pertama dikira oleh Allah s.w.t, tanpa solat tiadalah gunanya amalan-amalan yang lain.

Yakinlah juga solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana melalui solatlah maka kita kan menjaga hubungan dengan Allah dan selepas terjaganya hubungan dengan Allah ini maka kita juga akan menjaga hubungan sesama manusia yang seterusnya membawa kepada keharmornian masyarakat islam yang penyayang dan prihatin seterusnya dapat melaksanakan tugas sebagai pemimpin Allah di muka bumi ini.


Akhir kata, ketahuilah solat merupakan tiang segala amal, tanpa solat kita binasa, Amalkan tips2 di atas semoga saudara-saudari beroleh khusyuk dalam solat. saya doakan kepada semua kaum muslimin dan muslimat mendapat khusyuk dalam solat. amin ya rabb... sebar-sebarkanlah supaya ianya bermanfaat. WaAllahulam