Saturday, October 1, 2011

Adab-Adab Percintaan sebelum perkahwinan

Allah telah menciptakan pasangan laki-laki serta perempuan satu perasaan yang sangat unik iaitu dipanggil CINTA, perasaan cinta ini dizahirkan secara terus melalui ikatan perkahwinan yang sah, tetapi sebelum itu, menjadi lumrah bagi manusia untuk “mencari” CINTA hati mereka dengan kaedah perkenalan, pertemuan, percaturan dari ibu bapa waima sekalipun kerana terpaksa.

Asal sebenar hukum bercinta ini adalah dibolehkan bagi mencari pasangan yang sesuai dengan kehendak hati, tetapi sekiranya ia mempunyai unsur-unsur ZINA serta mendekati ZINA, maka hukumnya adalah HARAM.

Contoh mudah yang kita ambil adalah, sepasang kekasih bersiar-siar di malam hari (11 malam cthnya), di dalam sebuah kereta, di mana mungkin hujan lebat dan terpaksa memberhentikan kereta tersebut. Dalam hal ini, hukumnya tidaklah HARAM kerana masing-masing tidak melakukan maksiat walaupun hanya berdua di malam hari. Namun hakikatnya, sebagai manusia biasa yang imannya kadang kala surut dan naik mungkin akan membawa kepada mendekati ZINA, maka dari sebab inilah ALLAH berfirman : Dan Janganlah kamu mendekati zina kerana perbuatan ini mampu menjerumus kepada ZINA iaitu berdosa besar, maka hukum yang asalnya dibolehkan menjadi HARAM.

Berikut merupakan antara Adab-adab cinta yang dibenarakan syarak:

1) Nawaitu (Niat)- Hendaklah berniat mengenali atau bercinta kpd seorang lelaki atau perempuan hanya kerana Allah dan benar-benar ingin mengahwininya, HARAM jika berniat untuk bersuka suka, atau sekadar berteman mesra

2) Hendaklah mempunyai teman Mahram bagi seorang perempuan terutamanya bagi mengelak fitnah serta menjaga martabat diri ketika berjumpa pasangan

3) Hendaklah diadakan pertemuan di tempat terbuka dan orang ramai supaya tiada fitnah jahat yang menjejaskan harga diri seorang perempuan

4) Hendaklah berusaha sedaya upaya menyegerakan perkahwinan dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan hubungan ikatan yang sah

Sumber dari ceramah Ustaz Azhar Idris, UIAM (30 September 2011)