"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa." (qs.Al-Baqarah: 183)
Kita sering mendengar ceramah-ceramah agama, khutbah jumaat, ustaz dan ustazah mengatakan sebaik-baik orang islam adalah mereka yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t. Alhamdulillah semoga kita tergolong dalam kategori manusia ini kerana hanya orang yang bertaqwa sahajalah yang dipandang mulia oleh ALLAH s.w.t. Namun persoalannya. tahukah kita apakah ciri-ciri taqwa tersebut. Dalam sebuah kitab meriwayatkan 4 ciri taqwa iaitu:-
1) Takut kepada ALLAH. takut dapat ditafsirkan sebagai mengikut perintah ALLAH dan menjauhi laranganNya. Gentar dan gerun hati kita bila disebut dan diperingatkan nama ALLAH
2) Beramal kepada ALLAH. Beramal merangkumi sejauh manakah kemampuan kita melakukan amalan-amalan soleh untuk membuktikan kecintaan kita kepada tuhan pencipta kita? Renungkan saudarakan bagaimana Al-iman As-Shafie pernah khatam Al-Quran sebanyak 60 kali sepanjang 1 bulan di bulan Ramadhan. Subhanallah jauh beza jika nak dibandingkan dengan amal kita. Pernah juga diriwayatkan di zaman Khulafa ar-rasyidin , Khalifah-khalifah ini bersolat terawih namun bacaan ayat quran yang dibaca mereka adaah sebanyak 1 juzuk bagi setiap satu rakaat. jika kita berebut pulang jika selesai 8 rakaat namun mereka ini bersolat terawih hingga hampir terbit fajar. diriwayatkan juga mereka memegang tongkat dan memasang tali bagi memaut supaya membolehkan mereka bangun dan meneruskan solat terawih.subhanaALLAH
3) Redha dengan perkara sedikit. Bersederhana dalam sesuatu. seperti yang telah kita lihat pada post TIPU DAYA DUNIA pada sebelum ini,(rujuk post Tipu Daya Dunia) manusia tidak akan puas dengan harta yang banyak. biar miskin namun kita tidak lupa pada ALLAH kerana dibimbangi harta akan memutuskan hubungan kita kepada ALLAH s.w.t.
4) Bersiap sedia ke arah Kematian. Khalifah Umar Al-Aziz pernah menghimpunkan semua pemimpin-pemimpin negeri bagi mengadakan muzakarah mengingatkan kematian. hal ini membolehkan semua pemimpin sedar dan insaf bahwa dunia ini bersifat sementara dan seterusnya membolehkan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan oleh ALLAH s.w.t dengan sebaik mungkin. subhanallah betapa hebatnya pemimpin terdahulu bagi menjadi orang yang bertaqwa kepada ALLAH
Muslimin/muslimat sekalian, hisablah diri kita sebaik mungkin.. adakah kita memiliki keempat-empat ciri orang yang bertaqwa ini? jika ya Alhamdulillah tingkatkan ketaqwaan kepada ALLAH s.w.t, jika tidak, taubat dan insaflah sesungguhnya ALLAH maha penerima taubat dan pohonlah doa memohon hidayah kepadaNya. semoga kita sama-sama beroleh manfaat pada kali ini. sebar-sebarkanlah kepada rakan-rakan muslim, insyaALLAH kita akan beroleh ganjaran bersama.
p/s: Isi dibicarakan semasa kuliah zuhur 14 ramadhan bersamaan 25 ogos 2010 di Masjid Jamek Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment