Saturday, March 24, 2012

Kisah Nabi Musa dan kaumnya yg keras hati

Secara Ringkasnya Nabi Musa A.S mengajak kaumnya iaitu bani Israil untuk menyembah Allah s.w.t. sesuai dgn sifat kaum Israil yang keras hati dan degil, Nabi Musa juga mempunyai sifat2 yang Tegas dan garang kepada kaumnya supaya mereka hanya menyembah Allah s.w.t

Sahabat2 Nabi Musa sepertimana sahabat2 Rasulullah iaitu Khulafa Ar-Rasyidin dan yg lain2 sentiasa bersama2 nabi Musa, dan perjalanan dakwah mereka sampai ke kemuncak apabila Firaun hendak membunuh mereka dan nabi Musa, lalu Allah membelah laut merah dan membenarkan mereka melaluinya, SubhanaAllah hebatnya Allah, lalu ditengelamkan Firaun laknatullah. Tetapi sahabat2 Nabi Musa ini masih keras hati walaupun sesudah beriman kepada Allah (KERASNYA HATI KAUM ISRAIL NI). Mereka telah menyaksikan kehebatan Kuasa Allah ketika Laut Merah terbelah dua dan mereka telah Allah selamatkan.

Ketegasan nabi Musa dalam berdakwah sememangnya dikagumi, dan ketika Nabi musa hendak beribadat dan meninggalkan kaumnya kpd abg kandungnya nabi harun supaya menjaga kaum sepeninggalanya. Kaum Israil tidak takut dgn amaran nabi Harun kerana Sifat Nabi Harun adalah seorang yang lebih lemah lembut. memandangkan nabi musa tiada, mereka kembali sembah berhala, lalu nabi Musa marah terhadap kaumnya, dan mereka diminta taubat, lalu Allah syariatkan kpd Nabi Musa kpd kaumnya supaya mereka berbunuh-bunuhan sesama mereka (diriwayatkan dari subuh sehingga waktu dhuha dan 70000 orang mati), mesti ramai macam x percaya syariat bunuh? ini kerana mereka sangat keras hati, jadi hukuman itu sesuai dgn mereka, berbeza dgn syariat kpd Rasulullah kita, yg nak bertaubat hanya dgn 3 cara mudah: Insaf kesilapan lalu, meninggalkan maksiat dan berazam tidak mengulanginya)Mudahkan? Allah lebih ketahui semuanya iaitu bani israil memang keras hati dan degil... hanya selepas itu baru mereka akan sedar dan timbul keinsafan kerana telah membunuh saudara2 mereka.

Kita patut bersyukur krn menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w (jgn lupa selawat ke atas baginda) yang mana Baginda Rasulullah memohon supaya Allah tidak menurunkan bala kepada umatnya iaitu kita semua dan ditangguhkan sehingga kiamat, Kenapa kita masih x sayang Rasulullah? kalau tidak mesti banyak bala Allah yg turun kerana maksiat yang telah kita lakukan.Ya Allah ampunilah dosa2 kami semua, Amin.

Seperkara lagi, ketika ketua2 di kalangan bani Israil yang telah dipilih utk bermunajat kepada Allah iaitu sebanyak 70 orang dan ketika Nabi Musa menyampaikan kepada mereka bahawa Allah telah menurunkan Kitab Taurat kepadanya supaya disampaikan kepada kaumnya dan agar mereka beriman, lalu mereka berkata: "kami tak akan ikut kitabmu selagi kami belum bertemu dengan Allah", mereka masih angkuh walaupun Allah telah selamatkan meraka, lalu Allah panahkan petir kepada mereka sehingga rentung dan mati, betapa nikmat dan rahmat Allah, mereka yang dipanah petir itu dihidupkan kembali dengan izin Allah, subhanaAllah nikmat yang Allah bagi kepada Bani Israil supaya mereka bersyukur dan nampak kekuasaan Allah. Dalam hati ana berkata Tak cukup lagi ke?

Ketika Nabi Musa mengajak sahabat2 dan kaumnya berjihad ke jalan Allah, disebabkan keangkuhan mereka, lalu mereka berkata: "Kami hanya mahu berehat di sini, pergilah kamu dan Tuhan kamu berperang", sedangkan tuhan nabi Musa adalah tuhan mereka juga. Kecewa nabi Musa kerana sikap kaumnya yg begitu degil dan angkuh walaupun setelah beriman. dalam hati ana bercakap, sebab itu juga YAHUDI sekarang mcm tu, sebab moyang mereka pun sama.

Disebabkan terlalu kecewa maka Nabi Musa telah putus asa, dan tidak berdaya lagi berdakwah kpd kaumnya yang keras hati, lalu nabi Musa berpisah dgn kaumnya, Allah menurunkan bala kepada mereka di mana mereka tersesat selama 40 tahun di padang pasir. tetapi kerana rahmat Allah kpd kaum Israil, kepanasan di padang pasir didatangi dengan awan yg meneduhkan, SubhanaAllah, keras hati lagi ke ? Allah turunkan makanan setiap pagi kepada mereka yang dipanggil al-man wassalwa dari syurga yakni manisan dan burung-burung kecil, subhanaAllah dalam keadaan bala Allah masih menurunkan rahmatNya? Tidakkah kita bersyukur?

Kesimpulanya, Ternyata kerasnya hati kaum Israil ini dan samalah juga kepada cucu2 meraka iaitu kaum Israil sekarang, hendaklah kita bersyukur setelah allah kurniakan Nikmat Iman dan Islam kpd kita, jgn jadi seperti pengikut2 Nabi Musa yang masih angkuh walaupun Allah telah tunjukkan Kuasanya... Syukur Ya Allah. semoga kita mendapat iktibar dr kisah ini...WaAllahualam

(kalau ada salah dan silap sila betulkan, petikan dari ceramah surau Al-amin:Putrajaya)




Tuesday, February 28, 2012

Tafsir Surah Al-Ikhlas


Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Ibnu Abbas : Bahawasanya Kaum Yahudi telah datang kepada Rasulullah, maka mereka (Yahudi) berkata, " Wahai Muhammad sifatkan kepada kami Tuhan yang kamu sembah.

Maka Allah s.w.t menurunkan dalil kpd Nabi-Nya iaitu surah Al-Ikhlas


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤

Terjemahan ayat :
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١
katakanlah olehmu wahai muhammad Dialah Allah yang maha Esa

 ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢)
Allah yang menjadi tumpuan setiap makhluk untuk memhon sebarng hajat

لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣)
Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan

وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤
Dan tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya


Keterangan

Ayat 1:
Esa bermaksud tiada sekutu bagi-Nya, Wahid menurut ulama adalah bukan nombor kerana numbor adalah sifat makhluk dan makhluk itu berjisism dan berjirim serta boleh dipotong-potong dan belah bahagi


Ayat 2:
Allah ciptakan Manusia tp Allah tidak berhajat kepada manusia
Allah ciptakan Malaikat  tp Allah tidak berhajat kepada malaikat
Allah ciptakan langit tp Allah tidak berhajat kepada langit
Allah ciptakan Arasy' tp Allah tidak berhajat kepada Arasy'
Allah ciptakan tempat tp Allah tidak berhajat kepada tempat

Maka kita tidak boleh beriktikad bahawa Allah berada pada aras bawah atau atas, atau kiri atau kanan atau hadapan ataupun belakang. Tidak juga boleh dikatakan Allah bersemayam di Arasy' kerana Allah tidak bertempat walaupun Allah mencipta Arasy

Ayat 3:

Allah tidak mempunyai bapa atau ibu.tidak boleh beriktikad bahawa Allah meresap ke dalam tempat-tempat, Maka tidak juga boleh kata Allah wujud di mana-mana atau setiap tempat

Ayat 4:

Kufuk ialah persamaan
Dia yang ciptakan Cahaya tetapi Dia tidak menyerupai cahaya
Dia yang ciptakan Gelap tetapi Dia tidak menyerupai gelap
Dia yang ciptakan manusia tetapi Dia tidak menyerupai manusia
Dia yang ciptakan malaikat tetapi Dia tidak menyerupai malaikat

Kesimpulan:

Ulama mengatakan setiap apa yang ada benak fikiran kita, setiap apa yang terlintas di dalam kotak minda kita tentang Allah adalah bertentangan dengan SIFAT-SIFAT ALLAH, maka peliharalah AQIDAH Kita sebaiknya, semoga kita kekal dalam Aqidah yang benar.

Tatkala turun ayat ini, Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada kaum Yahudi itu: Inilah Sifat Tuhanku Azzawa Jalla"

Sebar-sebarkanlah~~~~~~~~

Sunday, January 22, 2012

PANDUAN KHUSYUK DALAM SOLAT


Sepertimana firman Allah

“Peliharalah benar-benar olehmu akan segala solat dan akan solat yang paling baik, dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah, dalam keadaan kamu tetap khusyuk kepadaNya.” (AL BAQARAH : 238)

Timbul persolan aku solat, tapi aku tetap berbohong, aku tetap melakukan maksiat, dan seumpamanya. jawapannya adalah anda solat, tapi adakah anda khusyuk dalam solat itu?sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Sungguh telah memperoleh kemenangan segala orang yang mukmin, iaitu orang yang berlaku khusyuk di dalam solatnya.” (AL MUKMINUN : 2)


Berikut merupakan tips-tips berguna dalam menghadirkan kekhusyukan dalam solat. Antaranya ialah:

1) Sememangnya diketahui umum, solat adalah kewajipan, namun kita laksanakan solat sebagai istirahat yakni sebagai rehat mengingati Allah setelah penat bekerja dan ingin kembali mendapat ketenangan. Solat mampu memberi ketenangan dunia dan kebahagiaan di akhirat.sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Segala mereka yang telah beriman, tenang dan tetap jiwanya dengan menyebut Allah, ketahuilah olehmu, dengan menyebut Allah (mengingat Allah), tenang segala hati.” (AR RA’DU : 28)

2) Seperti sedia maklum, sekiranya ada majlis keramaian kita akan menempah baju yang cantik2, begitu juga dgn solat, tempahlah baju yang cantik2 dan selesa khas utk menunaikan solat 5 waktu dan solat jumaat.Dengan pakaian khas ini kita akan berbangga bertemu dgn Allah sebgaimana kita bangga berpakaian baru ketika kita bertemu sesama manusia.

3) Pakailah haruman2 segar dan wangi yang menimbulkan rasa selesa dan menaikkan keinginan utk khusyuk dalam beribadah. sepertimana kita memakai haruman ketika keluar rumah utk menambah keyakinan diri, begitu juga dgn haruman ketika solat yakni yakin Allah sedang memerhatikan kita tatkala kita sedang khusyuk mengingatinya.

4) Setkan masa pada jam mahupun handphone utk berzikir pada Allah setiap 1 jam, bila handphone berbunyi, alarm mengingatkan ZIKIR pd Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Cukuplah paling tidak 1 jam sekali mengingatakan kita setelah leka dgn dunia dan isinya nescaya bila kita memulakan solat, kita akan khusyuk, InsyaAllah.

5) Tatkala takbiratul ihram, anggaplah ianya merupakan solat kita yang terakhir, sesungguhnya sekiranya kita mengetahui bahawa jika ia solat kita yang terakhir nescaya kita akan bersungguh-sungguh mengerjakannya.

6) Perlahankan setiap pergerakan anggota tubuh, misalnya ketika takbiratul ihram,rukuk, sujud. Biarlah pergerakan ini dilakukan dengan sempurna dan tidak tergopoh gapah, kesempurnaan pergerakan menggambarkan ketelitian dalam beribadah yang akhirnya memberi kekhusyukan dalam solat, InsyaAllah.

“Barangsiapa mengerjakan solat di waktu-waktunya, dan menyempurnakan whuduknya, menyempurnakan berdirinya, khusyuknya, rukuknya, sujudnya, keluarlah solat (terbanglah solat) itu putih berseri-seri, seraya menyeru : mudah-mudahan Allah memelihara engkau, sebagai engkau telah memelihara daku dan barangsiapa mengerjakan solat di bukan waktunya, dan tidak menyempurnakan whuduknya, tiada menegakkan khusyuknya, tiada melaksanakan rukuknya, tiada melaksanakan sujudnya dengan sempurna, keluarlah solat itu hitam gelap, seraya berkata : mudah-mudahan Allah mensia-siakan engkau, sebagaimana engkau telah mensia-siakan daku; sehingga apabila telah sampai solat itu ke tempat yang ia kehendaki, solat itu dilipat sebagai dilipat kain buruk. Kemudian kelak di hari kiamat dipukulkan solat itu di mukanya.” (HR ATH THABRANI DARI ANAS IBN MALIK) (MIFTAHUL KHAHABAH : 131)

7) Berwudhuklah dengan sempurna dan sekiranya anda masih berwudhuk, maka ambillah sekali lagi nescaya ia akan menimbulkan kesegaran yang menjadikan anda lebih semangat dalam beribadah.

8) Ketika sujud bayangkanlah bahawa kita sujud di permukaan tanah di mana kita berasal dan situ juga kita kan dikembalikan kpd Allah s.w.t. Sujudlah seolah-olah kita berada dalam tanah di alam kubur.

9) Kurangkan perbuatan-perbuatan seperti menggaru tubuh, menggeleng kepala (makruh) kerana ini akan mengurangkan fokus kita dalam solat. Mandi dan bersihkan diri sebelum solat nescaya badan akan segar dan tak gatal-gatal

10) Solatlah tepat pada waktunya, ON-time. bayangkan kita mengadakan temu janji dgn VIP misalnya, adakah kita akan menepati waktu dalam urusan bisnes? semestinya YA kerana bimbang mereka akan menolak proposal kita, begitu juga solat di mn kita ON-time dgn Allah, iaitu Raja segala Raja krn menepati waktu adalah akhlak yang terpuji. bagi lelaki digalakkan ke masjid dan wanita pula di rumah tetapi terus solat jika masuk waktu.sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan segala mereka yang telah mengerjakan apa yang telah mereka kerjakan, sedang hati-hati mereka dalam ketakutan, takut akan ditolak amalannya, bahawasanya mereka akan kembali kepada Tuhan akan dihisab. Itulah mereka yang bersegera melaksanakan kebajikan-kebajikan; dan merekalah yang mendahului mengerjakannya.” (AL MUKMINUN : 60 - 61)


Sebagai kesimpulan, solat ON-time mampu mendisiplinkan diri dalam melakukan pekerjaan di dunia, jika solat ON-time, maka perbuatan kita juga On-Time, hebat kan kesan khusyuk dalam solat?  Malang jika kita lakukan solat hanya sebagai PART-time dan lagi malang yang kita NO-time, nauzubillah.Yakinlah solat merupakan tiang agama, solat merupakan amalan yang pertama dikira oleh Allah s.w.t, tanpa solat tiadalah gunanya amalan-amalan yang lain.

Yakinlah juga solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana melalui solatlah maka kita kan menjaga hubungan dengan Allah dan selepas terjaganya hubungan dengan Allah ini maka kita juga akan menjaga hubungan sesama manusia yang seterusnya membawa kepada keharmornian masyarakat islam yang penyayang dan prihatin seterusnya dapat melaksanakan tugas sebagai pemimpin Allah di muka bumi ini.


Akhir kata, ketahuilah solat merupakan tiang segala amal, tanpa solat kita binasa, Amalkan tips2 di atas semoga saudara-saudari beroleh khusyuk dalam solat. saya doakan kepada semua kaum muslimin dan muslimat mendapat khusyuk dalam solat. amin ya rabb... sebar-sebarkanlah supaya ianya bermanfaat. WaAllahulam

Saturday, October 1, 2011

Adab-Adab Percintaan sebelum perkahwinan

Allah telah menciptakan pasangan laki-laki serta perempuan satu perasaan yang sangat unik iaitu dipanggil CINTA, perasaan cinta ini dizahirkan secara terus melalui ikatan perkahwinan yang sah, tetapi sebelum itu, menjadi lumrah bagi manusia untuk “mencari” CINTA hati mereka dengan kaedah perkenalan, pertemuan, percaturan dari ibu bapa waima sekalipun kerana terpaksa.

Asal sebenar hukum bercinta ini adalah dibolehkan bagi mencari pasangan yang sesuai dengan kehendak hati, tetapi sekiranya ia mempunyai unsur-unsur ZINA serta mendekati ZINA, maka hukumnya adalah HARAM.

Contoh mudah yang kita ambil adalah, sepasang kekasih bersiar-siar di malam hari (11 malam cthnya), di dalam sebuah kereta, di mana mungkin hujan lebat dan terpaksa memberhentikan kereta tersebut. Dalam hal ini, hukumnya tidaklah HARAM kerana masing-masing tidak melakukan maksiat walaupun hanya berdua di malam hari. Namun hakikatnya, sebagai manusia biasa yang imannya kadang kala surut dan naik mungkin akan membawa kepada mendekati ZINA, maka dari sebab inilah ALLAH berfirman : Dan Janganlah kamu mendekati zina kerana perbuatan ini mampu menjerumus kepada ZINA iaitu berdosa besar, maka hukum yang asalnya dibolehkan menjadi HARAM.

Berikut merupakan antara Adab-adab cinta yang dibenarakan syarak:

1) Nawaitu (Niat)- Hendaklah berniat mengenali atau bercinta kpd seorang lelaki atau perempuan hanya kerana Allah dan benar-benar ingin mengahwininya, HARAM jika berniat untuk bersuka suka, atau sekadar berteman mesra

2) Hendaklah mempunyai teman Mahram bagi seorang perempuan terutamanya bagi mengelak fitnah serta menjaga martabat diri ketika berjumpa pasangan

3) Hendaklah diadakan pertemuan di tempat terbuka dan orang ramai supaya tiada fitnah jahat yang menjejaskan harga diri seorang perempuan

4) Hendaklah berusaha sedaya upaya menyegerakan perkahwinan dengan berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan hubungan ikatan yang sah

Sumber dari ceramah Ustaz Azhar Idris, UIAM (30 September 2011)

Thursday, September 2, 2010

10 amalan baik menyambut Hari Raya AiIdilfitri

Al-Imam As-Shafie membahaskan dalam kitabnya, Al-Umm (Ibu) menceritakan amalan-amalan baik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan golongan-golongan ulama serta para solihin, diringkaskan bahawa terdapat 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari raya Aidilfitri. Amalan-amalan ini adalah seperti berikut:-

1) Kita digalakkan berdoa ketika malam raya, ambillah kesempatan dan doalah sepanjang malam raya supaya diterima amalan-amalan kita sepanjang bulan puasa yg baru sahaja berlalu. lupakan persiapan raya kerana sepatutnya kita mesti bersedia lebih awal bukan menunggu saat-saat malam raya kerana Doa musatajab salah satunya ialah pada malam Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Subhanallah


2) Takbir Raya. Memuji kebesaran ALLAH s.w.t  setelah memberi nikmat dan ganjaran yang terlalu besar sepanjang Bulan ramadhan dengan datangnya Lailatul Qadar. Takbir raya lah semampu mungkin sebagai tanda kesyukuran kepada nikmat  yang dikurniakan oleh ALLAH s.w.t

3) Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri . kita digalakkan mandi solat sunat hari raya Aidilfitri dan disunatkan bercukur (bulu ketiak, ari-ari, kemaskan misai dsb). ini kerana supaya kita kelihatan cantik, kemas dan bersih menghadap ALLAH s.w.t

4) Memakai Wangi-wangian. Rasulullah S.A.W memakai wangi-wangian ketika menunaikan solat sunat Hari Raya dan digalakkan memakai pakaian yang cantik-cantik jika kurang mampu eloklah sekadar ianya bersih dan cantik dipandang

5) Makan sedikit dalam angka yang ganjil. Rasulullah memakan sedikit Buah Tamar(atau kurma) sebelum keluar ke masjid dan diriwayatkan dalam angka yang ganjil iaitu 3 biji. ianya sebagai syarat kita sudah tidak berpuasa lagi pada hari Raya. jika tiada, minumlah sedikit air.

6) Mengucapkan salam dan selamat kepada orang islam sepanjang perjalanan ke masjid dan Hari Raya. Ucaplah "Taqabbalallah huminna waminkum" Semoga Allah Menerima doa aku dan kamu. Supaya Allah menerima doa-doa kita sepanjang bulan Ramadhan

7) Pergi dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berbeza. Ianya supaya dapat mengeratkan silaturrahim sesama islam kerana kita dapat bertemu dengan rakan-rakan dan saudara-saudara lain jika kita menggunakan jalan yang berbeza, maka bertambah ramai lagilah yang kita berjumpa dan ucap salam di hari Mulia itu

8) Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Bawalah bersama ahli keluarga untuk sama-sama menunaikan solat ini, alangkah ruginya bagi mereka yang menunaikan solat sunat ini namun meninggalkan khutbah Hari Raya seolah-seolah tergantung solatnya antara langit dan bumi. apa salahnya menunggu seketika demi merebut ganjaran yang dikurniakan ALLAH s.w.t

9) Ziarah menziarahi. Kunjungilah ahli kelurga, jiran tetangga, sanak saudara, kaum kerabat, sahabat handai dan sesiapa saja samada kawan mahupun lawan, Keberkatan pada Hari Raya insyaALLAH yang lawan menjadi lawan. yang keras menjadi lembut, yang tertutup menjadi buka. pohonlah kemaafan sesama manusia kerana Allah tidak akan mengampunkan kesalahan yang dilakukan sesama manusia walaupun Allah sentiasa memaafkan dosa-dosa Hambanya yang zalim jika mereka memohon keampunanNya

10) Puasa 6 di bulan Syawal. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan ramadhan dan diikuti puasa 6 hari di bulan syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. subhanallah. timbul pula persoalan bolehkah dilakukan puasa ganti (wajib) dengan puasa sunat? jawapan yang paling tepat, wajib dan sunat adalah 2 perkara yang berbeza. lakukan secara berasingan.

Semoga ringkasan kitab mengenai 10 amalan iaitu persediaan ketika dan semasa menyambut Hari raya Aidilfitri memberi manfaat kepada kita semua sebagai persediaan kita menghadapi dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. InsyaALLAH..sebar-sebarkanlah demi melahirkan umat islam yang berpegang teguh pada ALLAH dan beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Wassalam

Thursday, August 26, 2010

13 Rahsia solat

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Mandi wajib yg betul… supaya ibadah kita diterima ALLAH

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.