Sunday, January 22, 2012

PANDUAN KHUSYUK DALAM SOLAT


Sepertimana firman Allah

“Peliharalah benar-benar olehmu akan segala solat dan akan solat yang paling baik, dan berdiri tegaklah kamu untuk Allah, dalam keadaan kamu tetap khusyuk kepadaNya.” (AL BAQARAH : 238)

Timbul persolan aku solat, tapi aku tetap berbohong, aku tetap melakukan maksiat, dan seumpamanya. jawapannya adalah anda solat, tapi adakah anda khusyuk dalam solat itu?sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Sungguh telah memperoleh kemenangan segala orang yang mukmin, iaitu orang yang berlaku khusyuk di dalam solatnya.” (AL MUKMINUN : 2)


Berikut merupakan tips-tips berguna dalam menghadirkan kekhusyukan dalam solat. Antaranya ialah:

1) Sememangnya diketahui umum, solat adalah kewajipan, namun kita laksanakan solat sebagai istirahat yakni sebagai rehat mengingati Allah setelah penat bekerja dan ingin kembali mendapat ketenangan. Solat mampu memberi ketenangan dunia dan kebahagiaan di akhirat.sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Segala mereka yang telah beriman, tenang dan tetap jiwanya dengan menyebut Allah, ketahuilah olehmu, dengan menyebut Allah (mengingat Allah), tenang segala hati.” (AR RA’DU : 28)

2) Seperti sedia maklum, sekiranya ada majlis keramaian kita akan menempah baju yang cantik2, begitu juga dgn solat, tempahlah baju yang cantik2 dan selesa khas utk menunaikan solat 5 waktu dan solat jumaat.Dengan pakaian khas ini kita akan berbangga bertemu dgn Allah sebgaimana kita bangga berpakaian baru ketika kita bertemu sesama manusia.

3) Pakailah haruman2 segar dan wangi yang menimbulkan rasa selesa dan menaikkan keinginan utk khusyuk dalam beribadah. sepertimana kita memakai haruman ketika keluar rumah utk menambah keyakinan diri, begitu juga dgn haruman ketika solat yakni yakin Allah sedang memerhatikan kita tatkala kita sedang khusyuk mengingatinya.

4) Setkan masa pada jam mahupun handphone utk berzikir pada Allah setiap 1 jam, bila handphone berbunyi, alarm mengingatkan ZIKIR pd Allah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Cukuplah paling tidak 1 jam sekali mengingatakan kita setelah leka dgn dunia dan isinya nescaya bila kita memulakan solat, kita akan khusyuk, InsyaAllah.

5) Tatkala takbiratul ihram, anggaplah ianya merupakan solat kita yang terakhir, sesungguhnya sekiranya kita mengetahui bahawa jika ia solat kita yang terakhir nescaya kita akan bersungguh-sungguh mengerjakannya.

6) Perlahankan setiap pergerakan anggota tubuh, misalnya ketika takbiratul ihram,rukuk, sujud. Biarlah pergerakan ini dilakukan dengan sempurna dan tidak tergopoh gapah, kesempurnaan pergerakan menggambarkan ketelitian dalam beribadah yang akhirnya memberi kekhusyukan dalam solat, InsyaAllah.

“Barangsiapa mengerjakan solat di waktu-waktunya, dan menyempurnakan whuduknya, menyempurnakan berdirinya, khusyuknya, rukuknya, sujudnya, keluarlah solat (terbanglah solat) itu putih berseri-seri, seraya menyeru : mudah-mudahan Allah memelihara engkau, sebagai engkau telah memelihara daku dan barangsiapa mengerjakan solat di bukan waktunya, dan tidak menyempurnakan whuduknya, tiada menegakkan khusyuknya, tiada melaksanakan rukuknya, tiada melaksanakan sujudnya dengan sempurna, keluarlah solat itu hitam gelap, seraya berkata : mudah-mudahan Allah mensia-siakan engkau, sebagaimana engkau telah mensia-siakan daku; sehingga apabila telah sampai solat itu ke tempat yang ia kehendaki, solat itu dilipat sebagai dilipat kain buruk. Kemudian kelak di hari kiamat dipukulkan solat itu di mukanya.” (HR ATH THABRANI DARI ANAS IBN MALIK) (MIFTAHUL KHAHABAH : 131)

7) Berwudhuklah dengan sempurna dan sekiranya anda masih berwudhuk, maka ambillah sekali lagi nescaya ia akan menimbulkan kesegaran yang menjadikan anda lebih semangat dalam beribadah.

8) Ketika sujud bayangkanlah bahawa kita sujud di permukaan tanah di mana kita berasal dan situ juga kita kan dikembalikan kpd Allah s.w.t. Sujudlah seolah-olah kita berada dalam tanah di alam kubur.

9) Kurangkan perbuatan-perbuatan seperti menggaru tubuh, menggeleng kepala (makruh) kerana ini akan mengurangkan fokus kita dalam solat. Mandi dan bersihkan diri sebelum solat nescaya badan akan segar dan tak gatal-gatal

10) Solatlah tepat pada waktunya, ON-time. bayangkan kita mengadakan temu janji dgn VIP misalnya, adakah kita akan menepati waktu dalam urusan bisnes? semestinya YA kerana bimbang mereka akan menolak proposal kita, begitu juga solat di mn kita ON-time dgn Allah, iaitu Raja segala Raja krn menepati waktu adalah akhlak yang terpuji. bagi lelaki digalakkan ke masjid dan wanita pula di rumah tetapi terus solat jika masuk waktu.sepertimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan segala mereka yang telah mengerjakan apa yang telah mereka kerjakan, sedang hati-hati mereka dalam ketakutan, takut akan ditolak amalannya, bahawasanya mereka akan kembali kepada Tuhan akan dihisab. Itulah mereka yang bersegera melaksanakan kebajikan-kebajikan; dan merekalah yang mendahului mengerjakannya.” (AL MUKMINUN : 60 - 61)


Sebagai kesimpulan, solat ON-time mampu mendisiplinkan diri dalam melakukan pekerjaan di dunia, jika solat ON-time, maka perbuatan kita juga On-Time, hebat kan kesan khusyuk dalam solat?  Malang jika kita lakukan solat hanya sebagai PART-time dan lagi malang yang kita NO-time, nauzubillah.Yakinlah solat merupakan tiang agama, solat merupakan amalan yang pertama dikira oleh Allah s.w.t, tanpa solat tiadalah gunanya amalan-amalan yang lain.

Yakinlah juga solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar kerana melalui solatlah maka kita kan menjaga hubungan dengan Allah dan selepas terjaganya hubungan dengan Allah ini maka kita juga akan menjaga hubungan sesama manusia yang seterusnya membawa kepada keharmornian masyarakat islam yang penyayang dan prihatin seterusnya dapat melaksanakan tugas sebagai pemimpin Allah di muka bumi ini.


Akhir kata, ketahuilah solat merupakan tiang segala amal, tanpa solat kita binasa, Amalkan tips2 di atas semoga saudara-saudari beroleh khusyuk dalam solat. saya doakan kepada semua kaum muslimin dan muslimat mendapat khusyuk dalam solat. amin ya rabb... sebar-sebarkanlah supaya ianya bermanfaat. WaAllahulam

No comments:

Post a Comment